Aku selalu baca "Jangan minta Allah ringankan beban kita, tapi minta Allah kuatkan kita untuk hadapi ujian yang Allah beri kepada kita". Tapi bagi aku, aku perlukan kedua-duanya. Mohon Allah ringankan beban dan kuatkan aku hadapinya. Tak salah kalau kita minta sebanyak mungkin kepada Allah. Memang lumrah kita sebagai manusia, sebagai hamba, iaitu memohon dan berdoa kepada Allah yg Maha Esa. Cuma yang salah adalah kalau kita menyalahkan takdir atas dugaan yang menimpa diri kita.
Alhamdulillah...status sudah bertukar. Tahun telah bertukar. Memerlukan masa untuk memikirkan banyak benda dalam satu masa. 24 jam Allah bekalkan kepada kita. Pengurusan masa penting di sini ye. Kalau tak, memang 24 jam tu rasa macam 2 jam 40 minit je.
Sem baru, as usual, JPA masuk. Sedar tak sedar ni la sem last aku merasa duit JPA yang berkepul tu. Hmm..pengurusan kewangan pula. awal2 lagi kena bahagikan berapa nak bayar yuran, berapa nak infa', berapa nak belanja bulan2, berapa nak simpan. It's not about money. It's all about how u manage your 'harta'. Semua ni akan ditanya oleh Allah. Kalau duit digunakan untuk benda2 yang x sepatutnya, hmmm...bayangkan apa yang nak dijawab depan Allah S.W.T. Nauzubillah....
Kekangan demi kekangan membuatkan aku makin alpa. dah2...jangan jadikan benda ni alasan. u're a smart muslim!
Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan yang terbaik untuk sem terakhir ni. Semoga aku dan sahabat2 yg lain dapat grad on time....
wassalam..