Wednesday, June 29, 2016

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Lama betul tak menjengah ke sini. Rasanya last masuk masa zaman belajar dulu. 3 tahun lepas. Lama beno yong.. Aku pun dah grad, kerja, berhenti, kerja tempat lain pulak sampai sekarang.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan memohon keampunan daripadaNya. Aku hanya insan lemah. Buktinya, kita hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang mampu menjadikannya satu realiti.

Alhamdulillah telah disunting oleh pojaan hatiku si abg sado, kawan sekampung, sesekolah, senegeri pada 6 Jun 2014. Betul2 tak sangka. Percaturan Allah buat sangat cantik. Sudah 2 tahun. Dan siapa sangka kami masih ternanti-nanti tangisan bayi si manja di rumah yang sunyi ini. Siapa sangka perkahwinan kami yang sudah menjengah usia 2 tahun masih lagi belum di kurniakan si permata hati.

Tipu la kalau cakap aku x menangis setiap kali cik P menjengah pada setiap bulan tanpa jemu. On time pulak tu. Tipu la kalau aku x menangis dan sedih apabila mendengar perkhabaran kawan2 terdekat mengandung. Lepas mengandung, mengandung lagi. Ya Allah....murahnya rezeki mereka. Rezeki anak. dan tipu la kalau cakap aku x teringin memiliki anak sendiri. kalau boleh esok kahwin, hari ni aku nak ada anak dah (mana boleh camtu...ngarut betul.hehe..).

Tapi....sekarang aku dah x sedih. Sebab apa? Sebab aku ada suami.

Suami yang bagi aku teramat sempurna di mata hatiku.

Lelaki ini x pernah jemu memberi kata2 semangat dikala aku down saat tgk cik P muncul saban bulan tanpa jemu.

Lelaki ini x pernah jemu cakap "x pe sayang. bulan depan kita cuba lagi". dan dah 24 bulan dia ulang benda yang sama.

Lelaki ini x pernah jemu tolong sama2 cek period tracker aku dan plan bila hari suburku datang.

Lelaki ini x pernah jemu memahami segala isi hati aku.

dan aku.....perlu terus kuat untuk lelaki ini. Kalau aku x kuat, mcm mana aku nak jadi umi untuk anak2 dia nanti. Kan?

Dia selalu cakap kat aku "Kita kahwin untuk syurga Allah. Allah akan bagi jalan lain andai kata kita ditakdirkan untuk masuk syurga bukan melalui anak2". Maksudnya anak bukan satu2 kunci untuk ke syurga. Kena berbalik kepada asas. Adakah kita nikah sbb nak anak sahaja? Itu kerja Allah. Kita kena manfaatkan apa saja yang kita sedang miliki SEKARANG. Bukan apa yang BELUM kita miliki.

Dah alang2 aku dah buat come back ni...rasanya aku nak share dgn korang semua pengalaman aku sepanjang aku ikhtiar untuk dapat si comel. Tp next entry la ye. Apa yang baik, boleh diamalkan, Yang kurang baik, kita bincang k.

Ok bye...wassalam

Monday, March 18, 2013

Sujudku...

Alhamdulillah...syukur dan sangat bersyukur Allah beri kekuatan untuk aku berjaya menjejakkan kaki dan merasai hidup sebagai pelajar tahun akhir, sem 8, tahun 4 program ini. Nikmat yang teramat. Aku pernah menangis, meratap nasib yng bakal aku tempuh sebelum bergelar graduan. Alhamdulillah...segalanya dapat ku tempuh dengan tenang (walaupun ada yg x berapa berjaya), tapi niatku hanya satu. Untuk membantu hamba2 Allah yang perlukan aku untuk mereka terus mendengar kalimah2 Allah sebelum mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir.

Aku selalu baca "Jangan minta Allah ringankan beban kita, tapi minta Allah kuatkan kita untuk hadapi ujian yang Allah beri kepada kita". Tapi bagi aku, aku perlukan kedua-duanya. Mohon Allah ringankan beban dan kuatkan aku hadapinya. Tak salah kalau kita minta sebanyak mungkin kepada Allah. Memang lumrah kita sebagai manusia, sebagai hamba, iaitu memohon dan berdoa kepada Allah yg Maha Esa. Cuma yang salah adalah kalau kita menyalahkan takdir atas dugaan yang menimpa diri kita.

Alhamdulillah...status sudah bertukar. Tahun telah bertukar. Memerlukan masa untuk memikirkan banyak benda dalam satu masa. 24 jam Allah bekalkan kepada kita. Pengurusan masa penting di sini ye. Kalau tak, memang 24 jam tu rasa macam 2 jam 40 minit je.

Sem baru, as usual, JPA masuk. Sedar tak sedar ni la sem last aku merasa duit JPA yang berkepul tu. Hmm..pengurusan kewangan pula. awal2 lagi kena bahagikan berapa nak bayar yuran, berapa nak infa', berapa nak belanja bulan2, berapa nak simpan. It's not about money. It's all about how u manage your 'harta'. Semua ni akan ditanya oleh Allah. Kalau duit digunakan untuk benda2 yang x sepatutnya, hmmm...bayangkan apa yang nak dijawab depan Allah S.W.T. Nauzubillah....

Kekangan demi kekangan membuatkan aku makin alpa. dah2...jangan jadikan benda ni alasan. u're a smart muslim!

Semoga Allah permudahkan segalanya. Doakan yang terbaik untuk sem terakhir ni. Semoga aku dan sahabat2 yg lain dapat grad on time....

wassalam..

Monday, December 24, 2012

PENGHIJRAHAN 2013

Alhamdulillah...lagi beberapa hari lagi nak masuk tahun 2013. Tahun yang penuh dengan impian, matlamat dan plan baru utk hidup.

Sudah tahun akhir di UKM. InsyaAllah bakal bergraduasi pd Oktober 2013. InsyaAllah...kena usaha lebih. Nak jd graduan audiologi UKM bukan sesuatu yg mudah. Perlu bermandi air mata. Usaha perlu disertai dengan pengorbanan. Tapi, semua itu x menjadikan kejayaan sesuatu benda yg mustahil utk dicapai.

2013. Apa yang aku harapkan adalah utk menjadi hamba yang lebih baik kepada Allah. Diberi kekuatan utk melipatgandakan ibadah. Diberi ketenangan hati.

Saturday, November 10, 2012

Clinical placement at Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh (PART 1)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah....seminggu sudah aku di Temerloh. Ditempatkan di HosHAS Temerloh selama sebulan untuk latihan industri adalah 1 pengalaman yang sangat menarik. Baru seminggu di sini. Banyak benda yang kami belajar di sini. Antaranya...

- how to interact with local people here effectively (ye la....sblm ni patient orang KL je...n ckp mcm mana pun org paham. Ni kena masukkan loghat ganu sikit. N avoid jargon. Agak susah mula2 tu...)

- take ear impressions (for patient who want to make new earmould. Dulu buat dgn kwn2 je. Ni buat kt patient betul. Amekkk kau...ingat senang ke? Nasib baik jadi acuan tu.huhu...)

- do hearing aid fitting and orientation (waaa...mula2 kelam-kabut gila. seriously! tp kali kedua buat ok la gk..hehe. dah smooth. 1st time buat. mmg terhegeh-hegeh la...)

- PTA, tymp, play audiometry, VRA sama je..cuma setting kt sini lain sikit.

- paling bes sekali adalah........kami jumpa kes auditory neuropathy.


Kesimpulannya..apa yang belajar dalam kelas (teori) adalah sama dengan praktikal. Tapi bila jumpa dan alami sendiri benda tu, rasa mcm susah sangat. Kena adapt dengan patient tu. N nak confirm diagnosis seseorang patient bukannya senang. Kena ada perbincangan dengan teammate. Then baru boleh keluarkan diagnosis..

ok. kalau ada apa2 lg nnt saya update lg nnt. InsyaAllah...


*x de gambar. so yg ni dr tenet je..

x makan lg ikan patin kat sini..



Feel proud having a boyfriend?
Feel proud while doing haram things?
Re-evaluate ourselves. 
Back to basic

ISLAM IS A WAY OF LIFE

Wednesday, October 31, 2012

Reflection

Kadang-kadang apa yang kita buat nampak buruk di mata manusia.
Abaikan. Allah tahu apa yang kita lakukan.
Manusia menilai berdasarkan apa yang dia nampak, apa yang dia fikir, apa yang dia jangka, dan berdasarkan pengalaman. 
Tapi, apa yang manusia fikir adalah datangnya daripada Allah.
Jadi, mungkin Allah mahu tegur kita melalui orang tersebut.
Walau apa yang kita buat, letak Allah di hadapan. 

Menjadi islam tanpa iman---> Nothing.

Saturday, October 27, 2012

I'm thinking of...

I think I want to share my knowledge about...
- Audiology
- audiologists' roles in Malaysia
- the daily life as a university student/an audiology student/a health sciences student.  
- etc.

InsyaAllah in my next entries, I'll try my hard to make it come true :)