Wednesday, June 29, 2016

Alhamdulillah...

Assalamualaikum.

Lama betul tak menjengah ke sini. Rasanya last masuk masa zaman belajar dulu. 3 tahun lepas. Lama beno yong.. Aku pun dah grad, kerja, berhenti, kerja tempat lain pulak sampai sekarang.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas dan memohon keampunan daripadaNya. Aku hanya insan lemah. Buktinya, kita hanya mampu merancang. Hanya Allah sahaja yang mampu menjadikannya satu realiti.

Alhamdulillah telah disunting oleh pojaan hatiku si abg sado, kawan sekampung, sesekolah, senegeri pada 6 Jun 2014. Betul2 tak sangka. Percaturan Allah buat sangat cantik. Sudah 2 tahun. Dan siapa sangka kami masih ternanti-nanti tangisan bayi si manja di rumah yang sunyi ini. Siapa sangka perkahwinan kami yang sudah menjengah usia 2 tahun masih lagi belum di kurniakan si permata hati.

Tipu la kalau cakap aku x menangis setiap kali cik P menjengah pada setiap bulan tanpa jemu. On time pulak tu. Tipu la kalau aku x menangis dan sedih apabila mendengar perkhabaran kawan2 terdekat mengandung. Lepas mengandung, mengandung lagi. Ya Allah....murahnya rezeki mereka. Rezeki anak. dan tipu la kalau cakap aku x teringin memiliki anak sendiri. kalau boleh esok kahwin, hari ni aku nak ada anak dah (mana boleh camtu...ngarut betul.hehe..).

Tapi....sekarang aku dah x sedih. Sebab apa? Sebab aku ada suami.

Suami yang bagi aku teramat sempurna di mata hatiku.

Lelaki ini x pernah jemu memberi kata2 semangat dikala aku down saat tgk cik P muncul saban bulan tanpa jemu.

Lelaki ini x pernah jemu cakap "x pe sayang. bulan depan kita cuba lagi". dan dah 24 bulan dia ulang benda yang sama.

Lelaki ini x pernah jemu tolong sama2 cek period tracker aku dan plan bila hari suburku datang.

Lelaki ini x pernah jemu memahami segala isi hati aku.

dan aku.....perlu terus kuat untuk lelaki ini. Kalau aku x kuat, mcm mana aku nak jadi umi untuk anak2 dia nanti. Kan?

Dia selalu cakap kat aku "Kita kahwin untuk syurga Allah. Allah akan bagi jalan lain andai kata kita ditakdirkan untuk masuk syurga bukan melalui anak2". Maksudnya anak bukan satu2 kunci untuk ke syurga. Kena berbalik kepada asas. Adakah kita nikah sbb nak anak sahaja? Itu kerja Allah. Kita kena manfaatkan apa saja yang kita sedang miliki SEKARANG. Bukan apa yang BELUM kita miliki.

Dah alang2 aku dah buat come back ni...rasanya aku nak share dgn korang semua pengalaman aku sepanjang aku ikhtiar untuk dapat si comel. Tp next entry la ye. Apa yang baik, boleh diamalkan, Yang kurang baik, kita bincang k.

Ok bye...wassalam