Monday, August 15, 2011

Anak Muda Harapan Agama...





Firman Allah bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah al-Kahfi, ayat 13).



Assalamualaikum. Perihal tentang anak muda. Bila sebut remaja apa yg terlintas di fikiran?


A: I'm a university student...nak bagi mak ayah bangga dengan aku.. (Sibuk study)


B: Mid Valley, Times Square, Lot 10... (melepak buang duit mak bapak, ptptn, jpa..)


C: iPod, BlackBerry, iPhone (latest gadget)


D: Awek gua adalah yg paling cun di dunia!!! (Budaya couple)


E: K-POP (korean artists yg dah menjelajah minda anak muda malaysia) 


F: Pasti berjaya di Akademi Fantasia!!! (AF, Mentor, Malaysian Idol, One In a Million, Showdown, Juara Klasik RTM, Bintang RTM yang menjanjikan jalan pintas utk anak muda utk bergelar artis)
dll....


 "Anak muda penentu masa depan negara". Pernah dengar slogan ni? Mungkin selalu dengar ketika ceramah2,time sekolah dulu cikgu penah cakap word ni, atau ketika tertengok debat di kaca televisyen. Tapi tahukah kalian sejauh mana kita sebagai anak muda ni bakal menentukan corak masa depan negara? 


Bila ditanya soal ini...apa respon yang selalu diterima???


A: Alahai...aku ni keja pun belum. makan pun mak ayah yg tanggung.nak cakap pasal negara pulak...


B: Hah?ye ke?baik aku lepak je bro. Menteri kan ada.buat apa aku nak pk pasal benda alah tu?Aku jadi menteri nanti aku pk la...


C: Minta maaf. saya student. saya x de masa nak kaji benda2 mcm ni. ia di luar bidang saya. i'm future medical doctor k..not a politician.bye...


D: Ape tu???x penah tau pun...


Sampai bila kita akan berada di lingkungan ini? Kalau bukan kita yang ada ilmu ni yg bangun, sape lagi? Cakap memang senang. Kita kerap bergaduh, bertengkar bila kabinet x beri apa yg kita nak. Sekadar mempertikaikan dari jauh. Kutuk di belakang, kat kedai kopi.kata itu ini. Menyalahkan orang lain x tentu pasal, terima gosip2 panas dan menyebarkannya tanpa meneliti sumbernya dan cerita disebalik semua tu. Hanya menerima 100% dari sumber2 yang ada di rumah (televisyen, surat khabar, internet). Tapi tidak melakukan apa2 tindakan. Sampai bila sahabat2 sekalian???


Saya bukan nak minta sahabat2 masuk pilihanraya, jadi menteri, usulkan pd dewan rakyat. Bukan...tapi kalau ada yg sampai ke tahap itu, alhamdulillah. Teruskan niat anda. Tapi apa yg mahu disampaikan di sini adalah menguatkan diri dengan al Quran dan Sunnah. But why???apa kaitannya al Quran, sunnah, masa depan negara dan anak muda???






Bagaimana mahu menguatkan diri dengan al Quran dan Sunnah???


Cuba bayangkan ketika seorang membaca al Quran, mengetahui ertinya, memahami makna serta tafsirnya. Al-Quran itu akan masuk ke dalam darah, mengalir menyinari, menembus otak mencerahkannya, berinteraksi dengan DNA dan kromosom, tulang2 akan menjadi lebih kuat sehingga terbentuklah manusia yang luar biasa hebatnya, manusia yang berani.


Contoh orang yang lahir menjadi luar biasa kerana berinteraksi dengan al Quran adalah para sahabat Rasulullah S.A.W.  Bilal Bin Rabbah, dahulunya seorang hamba sahaya yang buruk dan hodoh, telah menjadi pejuang Islam yang namanya dikenali oleh setiap muslim kerana menjadi muadzin Rasulullah. Ali Bin Abi Thalib menjadi pemuda yang sangat berani dan menggetarkan musuh. Thariq Bin Ziyad, sang penakluk Selat Gibraltar. Sultan Muhammad Al Fateh, pemuda yang telah menakluk Constatinople, Salahuddin al Ayubi, dan ramai lagi.


Al Quran sangat dahsyat!!!! Ia adalah kitab manual, petunjuk daru Allah, Tuhan yang Maha Kuasa. Jika kita ingin menjadi kuat dan berani, menjadi pembela kebenaran dan luar biasa, maka berinteraksilah dengan al Quran. Dengan al Quran, si penakut menjadi berani, si lemah jadi kuat, si pengecut menjadi pahlawan!


Nasihat untuk pemuda pemudi Islam


Pernah seorang pendeta nasrani berkata kepada pengikutnya, jika kamu ingin menghancurkan Islam, maka cara yang tepat bukan dengan memurtadkan mereka. Tetapi dengan menjauhkan mereka dari al Quran dan sunnah. Mereka amat takut dengan pemuda yang dekat dengan al Quran.


Kita boleh lihat sekarang ada tangan2 yg mahu menjauhkan anak muda dari al Quran dengan melambakkan hiburan untuk golongan ini. Menjadikan kami ini lalai, dan jauh dari ajaran al Quran. Supaya bila kami lalai, percayalah bahawa Islam akan lemah di bumi Malaysia ini. Dan lebih menyedihkan antara tangan2 tersebut adalah tangan muslim dan pemerintah kita sendiri. 


Back to basic. Back to al Quran. Hampiri para ulamak. Instead of tgk video2 yg kurang bermanfaat kt youtube, why not kita berubah angin dengan memilih yg lebih mendatangkan menfaat kepada kita? Islam tidak melarang kita berhibur tetapi perlu ada cara dan batasannya. Your life, your choice. 


Kata2 syaitan: as long as you forget Allah, I will NEVER forget you!


Maka sahabat2 sekalian, bangkitlah dengan al Quran. Jadikan tulangmu lebih kuat dengannya, otakmu lebih tajam dengannya, dan hidupmu akan menemui sinar baru yang belum pernah ditemui sebelum ini. Mohon petunjuk dariNya utk lebih dekat dengan kitab suci al Quran dan istiqamah mengamalinya.



Firman Allah yang bermaksud: “Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), tatkala mereka bangun (menegaskan Tauhid) lalu berkata; “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi. Kami tidak akan sekali-kali menyembah yang lainnya, bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh daripada kebenaran.” (Surah al-Kahfi, ayat 14)