Thursday, September 13, 2012

Ku pilih DIA berbanding dia


Ku lepaskan dia yang pernah berada di hati hanya untuk DIA. 

Tiada sebab lain. 

Semoga DIA memberi ganjaran yang jauh lebih besar berbanding dia. 

Pengorbanan yang tak seberapa ini ku titipkan khas buat DIA

DIA sahaja yang tahu

DIA sahaja yang memahamiku

DIA sahaja yang mampu memberiku apa yang dia tak mampu beri

Alhamdulillah...terima kasih DIA

Aku jatuh dan bangun, untuk DIA

Aku jatuh, lepas tu jatuh, lepas tu jatuh lagi...dia hanya melihat tanpa huluran

Tapi DIA datang...kan dah cakap mesti DIA akan datang

Tapi aku selalu tinggalkan DIA

Abaikan DIA

Pinggirkan DIA

Sampai satu saat yang aku perlukan dia, dia tak hadir

Tapi DIA datang tanpaku pinta

Dan aku makin sedar tujuan aku hidup sepatutnya untuk DIA sahaja

Jadi,kepada dia, maafkan aku... 

DIA tak benarkan aku dengan dia

Walaupun dia tau apa yang aku nak, tapi DIA lebih faham apa yang aku perlu

Tanggal 29 Nov dia datang

dan tanggal 29 Jun DIA pegang aku kuat2 hingga sekarang

Siapa sangka aku masih kuat dengan DIA

5 tahun ku pertahankan DIA

Tidak pernah ku rasai perasaan ini

Walaupun turun naik, tapi DIA tetap kupilih berbanding dia

Sudah lah...serik sudah ku dengan dia

Semoga dia bahagia

Dan aku akan terus bahagia dengan DIA...

ALLAH...