Hah! amek kau. Tajuk nak tergelak.haha.. Aku sering dilabel sebagai kolot. You know why?
1) Tudung
-Dena bahrin- |
Pakai tudung style zaman sekolah menengah (letak 3 pin). Kalo buat style2 sikit tu maknanya tengah ada benda berlaku (kenduri n raya). Datang la segala mak nenek jenis tudung. bawal 1 ke, negatif 1 ke, shawl hana tajima ke, ariani ke, Z&Z ke, pape je la...aku cuma akan try dlm bilik. That's all...
Apa yg penting fungsi tudung itu menutup aurat n memberi keselesaan. Style2 tu terpulang la pada individu. Setakat ni saya masih selesa dengan cara ini n insyaAllah semoga Allah x ubah prinsip saya kepada yang jauh lebih pelik dan paling mintak simpang adalah jangan la Allah uji hamba ini dengan sesuatu yang diluar batasan..
2) Pak we/ balak/ marka
Secara jujurnya apa yg saya suka, saya hanya akan simpan. Tiada yang lebih bermakna selain daripada dimiliki oleh orang yang mahu jadikan kita suri hidupnya dengan cara yang halal. Ada yang bangga tunjuk gambar dengan bf masing2..n cakap "My love n my only one" sambil tag gambar pd nama si lelaki tersebut. But not me. Kematangan merubah segala-galanya... Biar la saya begini. Bila tiba saatnya nanti, saya akan tunjuk suami saya kepada dunia. Don't worry. Buat masa ni biar la sembunyi2. Malu yang teramat sangat. Boleh jadi dia bukan jodoh kita tapi kita dah canang kat semua orang yg dia milik kita. Saya sudah merasainya. Malu dan menyesal. Tapi benda yg dah lepas dah x boleh diubah. Apa yang penting jgn sesekali biarkan benda yang sama berulang kembali. N u will happy with ur life. InsyaAllah...
3) Baju
Saya bukan jenis yang follow fesyen baju terkini. Cukup dengan baju tu menutup aurat n selesa dengan kita. Sama ja konsep dengan tudung. Baju saya bukan yg cantik2. Student kan..sebagai pemegang biasiswa JPA yang tinggal di KL n buku2 ilmiah yg mahal, rasanya x mampu nak beli trend terkini. T-shirt muslimah menjadi pilihan. Kadang2 t shirt biasa, dengan track suit (hehe...pastu gi tesco). N jangan lupa bersarung kaki. Wajib tu.
4) Mekap
Seriously I hate make-up! Perlu ke? Mungkin akan tambah confident bila bermekap. Tp mcm apa ja. Cukup la pakai bedak sapu n calit sikit lip ice.
Kawan2 ada yang kata saya ni kolot. But the truth is THIS IS ME and I LOVE MY STYLE and I WANT TO BE LIKE THIS.utk masa skrg la. di masa depan maybe dah ada duit lebih, gaya kita matang sikit. tapi apa yg perlu di jaga kena la jaga... :)
Kawan2 ada yang kata saya ni kolot. But the truth is THIS IS ME and I LOVE MY STYLE and I WANT TO BE LIKE THIS.utk masa skrg la. di masa depan maybe dah ada duit lebih, gaya kita matang sikit. tapi apa yg perlu di jaga kena la jaga... :)