Monday, August 29, 2011

Bersediakah kita???





Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT.?!!

Monday, August 15, 2011

Anak Muda Harapan Agama...





Firman Allah bermaksud: “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah al-Kahfi, ayat 13).

Thursday, August 11, 2011

‎9 GOLONGAN ORANG YANG BERSOLAT



Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu cara bersembahyang. Imam Malik berkata bahawa sesiapa yang tidak sembahyang akan digolongkan sebagai orang kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi pula berkata bahawa golongan yang tidak bersembahyang ini ialah fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu tetapi masih tidak bersembahyang.

Monday, August 8, 2011

Sekadar Renungan Bersama...II

‎"Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya….



Perkara Menarik Di Bulan Ramadhan...

• Ramai yg puasa tapi tak solat 5 waktu

• Ramai yg puasa tapi tak tutup aurat

• Ramai yg puasa tapi masih pergi dating

• Ramai yg puasa tapi masih lagi berpakaian seksi

• Ramai yg puasa tapi masih ramai yang tidak menunaikan solat tarawikh

• Ramai yg puasa tapi masih tengok benda-benda maksiat

• Ramai yg puasa tapi masih mengumpat

• Ramai yg puasa tapi masih lagi meninggalkan solat jumaat ~



Cerpen 1: Bercinta Hingga Ke Syurga...



Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul.