Friday, October 12, 2012

Kolotnya aku!

Bismillah...

Hah! amek kau. Tajuk nak tergelak.haha.. Aku sering dilabel sebagai kolot. You know why?


1) Tudung

-Dena bahrin-


Pakai tudung style zaman sekolah menengah (letak 3 pin). Kalo buat style2 sikit tu maknanya tengah ada benda berlaku (kenduri n raya). Datang la segala mak nenek jenis tudung. bawal 1 ke, negatif 1 ke, shawl hana tajima ke, ariani ke, Z&Z ke, pape je la...aku cuma akan try dlm bilik. That's all...
Apa yg penting fungsi tudung itu menutup aurat n memberi keselesaan. Style2 tu terpulang la pada individu. Setakat ni saya masih selesa dengan cara ini n insyaAllah semoga Allah x ubah prinsip saya kepada yang jauh lebih pelik dan paling mintak simpang adalah jangan la Allah uji hamba ini dengan sesuatu yang diluar batasan..



2) Pak we/ balak/ marka


Secara jujurnya apa yg saya suka, saya hanya akan simpan. Tiada yang lebih bermakna selain daripada dimiliki oleh orang yang mahu jadikan kita suri hidupnya dengan cara yang halal. Ada yang bangga tunjuk gambar dengan bf masing2..n cakap "My love n my only one" sambil tag gambar pd nama si lelaki tersebut. But not me. Kematangan merubah segala-galanya... Biar la saya begini. Bila tiba saatnya nanti, saya akan tunjuk suami saya kepada dunia. Don't worry. Buat masa ni biar la sembunyi2. Malu yang teramat sangat. Boleh jadi dia bukan jodoh kita tapi kita dah canang kat semua orang yg dia milik kita. Saya sudah merasainya. Malu dan menyesal. Tapi benda yg dah lepas dah x boleh diubah. Apa yang penting jgn sesekali biarkan benda yang sama berulang kembali. N u will happy with ur life. InsyaAllah...



3) Baju




Saya bukan jenis yang follow fesyen baju terkini. Cukup dengan baju tu menutup aurat n selesa dengan kita. Sama ja konsep dengan tudung. Baju saya bukan yg cantik2. Student kan..sebagai pemegang biasiswa JPA yang tinggal di KL n buku2 ilmiah yg mahal, rasanya x mampu nak beli trend terkini. T-shirt muslimah menjadi pilihan. Kadang2 t shirt biasa, dengan track suit (hehe...pastu gi tesco). N jangan lupa bersarung kaki. Wajib tu. 




4) Mekap



Seriously I hate make-up! Perlu ke? Mungkin akan tambah confident bila bermekap. Tp mcm apa ja. Cukup la pakai bedak sapu n calit sikit lip ice.

Kawan2 ada yang kata saya ni kolot. But the truth is THIS IS ME and I LOVE MY STYLE and I WANT TO BE LIKE THIS.utk masa skrg la. di masa depan maybe dah ada duit lebih, gaya kita matang sikit. tapi apa yg perlu di jaga kena la jaga... :)


Saturday, September 29, 2012

Cinta

Cinta tak semestinya bersama. 
Perancangan Allah adalah yang terbaik.
Percaya pada itu




Tuesday, September 18, 2012

Coming soon~

Up coming..

KOLOTNYA AKU!

Konflik dalaman seorang perempuan

Saturday, September 15, 2012

Al Fateh Si Pembuka

Ku kagumi kebijaksanaanmu
Ku kagumi semangatmu
Ku kagumi perjuanganmu

Sultan Muhammad Al Fateh, tak ramai yang tahu akan cerita baginda.

So, jom cari...
- biodata beliau
- kelebihan beliau
- sumbangan dalam pembukaan kota kontatinopel
- faktor kejayaan
- apa kesannya hingga ke hari ini
- cerita disebalik "Sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera"

Thursday, September 13, 2012

Ku pilih DIA berbanding dia


Ku lepaskan dia yang pernah berada di hati hanya untuk DIA. 

Tiada sebab lain. 

Semoga DIA memberi ganjaran yang jauh lebih besar berbanding dia. 

Pengorbanan yang tak seberapa ini ku titipkan khas buat DIA

DIA sahaja yang tahu

DIA sahaja yang memahamiku

DIA sahaja yang mampu memberiku apa yang dia tak mampu beri

Alhamdulillah...terima kasih DIA

Aku jatuh dan bangun, untuk DIA

Aku jatuh, lepas tu jatuh, lepas tu jatuh lagi...dia hanya melihat tanpa huluran

Tapi DIA datang...kan dah cakap mesti DIA akan datang

Tapi aku selalu tinggalkan DIA

Abaikan DIA

Pinggirkan DIA

Sampai satu saat yang aku perlukan dia, dia tak hadir

Tapi DIA datang tanpaku pinta

Dan aku makin sedar tujuan aku hidup sepatutnya untuk DIA sahaja

Jadi,kepada dia, maafkan aku... 

DIA tak benarkan aku dengan dia

Walaupun dia tau apa yang aku nak, tapi DIA lebih faham apa yang aku perlu

Tanggal 29 Nov dia datang

dan tanggal 29 Jun DIA pegang aku kuat2 hingga sekarang

Siapa sangka aku masih kuat dengan DIA

5 tahun ku pertahankan DIA

Tidak pernah ku rasai perasaan ini

Walaupun turun naik, tapi DIA tetap kupilih berbanding dia

Sudah lah...serik sudah ku dengan dia

Semoga dia bahagia

Dan aku akan terus bahagia dengan DIA...

ALLAH...


Sunday, September 2, 2012

Meniti hari bergelar "Final Year Student"

Assalamualaikum. Dalam beberapa hari lagi aku akan bergelar pelajar tahun akhir. Inilah tahun terakhir aku dalam pengajian 4 tahun di Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, UKM . Semoga apa yang kami rancang akan berjalan dengan lancar.

Sekarang dalam proses menyiapkan proposal tesis. Hampir siap. Perlu emel kepada supervisor, bincang, edit, bincang lagi, edit, dan lagi...sampai la ok. 19 sept akan ada presentation proposal thesis. Doakan ya!